serinaramonprincess

Thursday, July 25, 2013

Baking Class Yeay!!!

Actually mamy yang suruh pegi baking class ni, so saya pun turutkan je la. Baking class ni cuma RM5 je!!! Murahkan, nape saya kata murah??? Sebab kek yang kitorang belajar, kitorang bawak balik... Bole makan time buka puasa nanti. So this Baking Class start at 2pm until 4pm every saturday and sunday tapi kena daftar dulu, bole la pilih nak hari yang mana satu kan.

Every class die ni berlainan resepi, resepi yang kitorang belajar ialah Italian Apple Cake, Italian Hazelnut Pie and Italian Chocolate Almond Cup. The recipes itself sound yummy right? So here are the recipe n it just a basic recipe...

Italian Chocolate Almond Cup

Ingredients :
A. 200gm Coklat Compound
     3 tbsp Susu segar
B. 50gm Gula Halus (Gula Kastor)
     1 biji Telur
C. 200gm Badam yang dipotong memanjang

Methods :
1. Cairkan coklat compound guna method "Double boiler". Lepas tu masukkan susu segar. 
2. Untuk part B, masukkan gula kastor dan telur dalam satu mangkok dan kacau sampai kembang. 
3. Campurkan adunan B tadi ke dalam adunan A and mix it all together.
4.  Lepas tu masukkan bahan yang terakhir iaitu badam and again mix mix mix. 
5. Ok sekarang kite buat acuan sendiri. (Part ni ikut suka hati korang la, nak letak adunan coklat ni dalam cetakan pun boleh).
6. Last sekali simpan dalam fridge about 3-4 hours supaya die mengeras. Siap, dah boleh om nom nom. : )

Italian Hazelnut Pie

Ingredients :
A. 100gm Butter
     100gm Gula kastor
B. 1/2 tsp Vanilla Essence
     1/4 tsp Garam
C. 1/2 tsp Baking powder
     150gm Tepung serbaguna
     50gm Tepung Jagung
     75gm Hazelnut
D. 25gm Hazelnut (dipanggang)

Methods :
1. Timbang bahan A dan kacau sampai it bertukar warna putih dan kembang. 
2. Ayak baking powder, tepung sebaguna dan tepung jagung setelah ditimbang. Then baru masukkan 75gm hazelnut.
3. Campurkan bahan B ke dalam bahan A, dan kacau sampai sebati.
4. Cetak doh, bakar dalam oven. Siap (Actually yang kitorg belajar ni cookies, tapi tak tahu la nape nama die pie).

Italian Apple Cake

Ingredients :
A. 130gm Butter
     2 tbsp Gula kastor
     125gm Gula Icing
B. 4 biji Telur
C. 150gm Tepung serbaguna
     1 tsp Baking powder
     1 tsp Pes lemon
     Secubit garam
D. 200gm Apple pie filling

Methods :
1. Timbang bahan A dan adun sampai kembang. Lepas tu masukkan sedikit garam.
2. Masukkan telur satu persatu kedalam adunan A sambil dikacau. Lepas tu masukkan pes lemon, last sekali baru masukkan tepung.
3. Jangan terlalu cair tau!!!
4. Last step, tuangkan adunan dalam cup (cupcake) half, lepas tu masukkan apple pie filling, then masukkan adunan sampai memenuhi 80% cup.


Top left-side : Italian Choc Almond Cup, Osaka Cake.
Bottom left-side : Italian Hazelnut Pie, Italian Apple Cake.

 Selamat mencuba semua!!! Ok, roger n out duluu.. : )

No comments:

Post a Comment